Tip Perniagaan emzek on 05 Sep 2007
Kreatif Dalam Perniagaan Anda
Assalamualikum pembaca semua,
Dalam tulisan saya pada hari ini saya akan menyentuh tentang KREATIF. Kreatif dalam perniagaan bukan hanya setakat dalam idea, tetapi dalam semua aspek seperti pemasaran, pembungkusan, hiasan kedai dan lain-lain.
Untuk menjadi kreatif, anda perlulah berfikiran di luar pemikiran orang lain. Anda juga perlu sentiasa berlatih untuk berfikiran kreatif. Salah satu cara adalah anda gambarkan sesuatu masalah dalam perniagaan, kemudian anda fikir bagaimana cara untuk mengatasi masalah anda tersebut.
Anda juga boleh melihat masalah sekeliling anda untuk menghasilkan idea yang kreatif. Setiap hari ada masalah baru akan timbul. Dari sini anda boleh berfikiran kreatif untuk mengatasi masalah tersebut.
Angan-angan juga boleh menjadikan seseorang tu berfikiran kreatif. Daripada angan-angan akan lahir impian, kemudian impian itu akan menjadikan idea baru. Daripada idea itu kita akan berfikiran kreatif untuk menjadikan idea itu suatu kenyataan.
Sebagai contoh, sekarang ni ramai orang yang ingin menjalankan perniagaan membela kambing. Bagi saya perniagaan ni bagus tetapi sangat bagus sekiranya anda menjual makanan kambing atau apa-apa produk untuk kambing. Kenapa? Sekiranya ramai orang yang membela kambing, dalam masa yang sama permintaan untuk makanan kambing akan meningkat. Jadi, perniagaan makanan kambing juga mendapat hasil yang lumayan.
Banyak lagi idea-idea kreatif boleh dilaksanakan dalam perniagaan, yang penting anda sendiri fikirkannya.
-emzek-
