Tip Perniagaan emzek on 07 Sep 2007
Dilema Letak Harga!
Assalamualaikum.
Ini adalah salah satu dilema usahawan yang baru memulakan perniagaan (termasuk saya suatu masa dulu) iaitu untuk meletak harga sesuatu barang dan juga perkhidmatan.
Sebenarnya ini adalah salah satu perkara yang penting dalam perniagaan kerana ia akan melibatkan kos dan over-head anda. Untuk meletak harga, anda kena kaji berkaitan dengan semua kos anda seperti pengangkutan, sewa, gaji dan beberapa kos lagi.
Sekiranya anda meletakkan harga terlalu rendah, ia mungkin akan memakan perniagaan anda nanti. Dan sekiranya anda meletakkan pada harga tinggi, mungkin pelanggan anda akan lari kerana harga mahal. Pening kan?
Sebenarnya, anda tidak perlu pening kepala untuk meletak harga ni. Yang penting anda tahu produk / perkhidmatan apa yang anda jual.
Tip saya,
- Sekiranya anda menjual produk yang sama dengan orang lain jual, anda mestilah mengikut harga pasaran ketika itu. Kalau rase nak murah pun, janganlah terlalu murah. Ini akan menyebabkan anda dipinggirkan oleh peniaga lain kerana anda telah merosakkan harga pasaran produk tersebut.
- Sekiranya anda menjual produk tidak sama dengan orang lain ataupun produk yang anda hasilkan sendiri, anda bolehlah meletak harga sesuka hati anda. Tetapi yang penting anda kena survey dulu untuk pasaran produk anda tu.
- Sekiranya anda menjual perkhidmatan, anda mestilah mengikut harga pasaran. Tetapi, sekiranya perkhidmatan anda tu melebihi orang lain, tidak salah untuk anda meletak harga lebih daripada orang lain kerana sekarang ni orang lebih mementingkan kualiti dan perkhidmatan.
Jadi, kepada anda yang masih dilema untuk meletak harga produk anda tu, jangan pening-pening lagi. Anda yang menentukan hala tuju perniagaan anda.
Terima Kasih.
-emzek-
