Assalamualaikum semua,

Sedar tak sedar blog saya ni sudah mencapai umur sebulan pada 15hb lepas. Dalam masa sebulan ni banyak juga yang saya belajar tentang dunia blogging dan semakin banyak saya belajar, saya rasa diri ni terlalu kurang ilmu tentang dunia perniagaan internet.

Pertama sekali saya ingin ucapkan berbanyak terima kasih kepada sifoo Zul kerana telah memberi tunjuk ajar di dalam saya membina blog saya ini. Pakej Kit Blogger daripada beliau ternyata berkesan kepada mereka yang baru mula menapak di dalam dunia internet.

Saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada semua pembaca yang memberi sokongan kepada saya. Sebenarnya banyak lagi perancangan saya di dalam dunia internet ni. Tetapi disebabkan saya masih baru, jadi banyak lagi yang saya perlu belajar untuk memulakan perancangan yang seterusnya.

Saya tak menulis panjang hari ni. Saya cuma nak komen daripada anda semua tentang blog saya ni untuk kebaikan saya di masa hadapan. Saya harap anda semua tidak segan untuk memberi komen anda.

Terima kasih atas sokongan anda semua.

-emzek-