Umum emzek on 10 May 2008
Saya Kembali!!!
Assalamualaikum wbt…
Dah lame saya tak menulis dalam blog ni… otak pun dah takde idea nak menulis. Maklum la.. semua dah sejuk.. bukan setakat sejuk.. tapi dah hampir tahap beku.
Selama saya tak aktif menulis, ade juga orang yang email bertanyakan pasal peluang perniagaan dari China. Tapi maaf kepada yang menghantar email kerana saya tak sempat untuk membalas email tersebut.
Di sini juga saya ingin memberitahu pembaca semua yang saya tidak lagi menetap di Guangzhou, China. Sebaliknya buat masa sekarang saya hanya berulang alik sebulan sekali ke sana untuk membeli barang bisnes.
Berkenaan dengan perniagaan saya, saya masih lagi menjalankan perniagaan saya yang lama iaitu pakaian. Dan saya juga mengambil pesanan dari pelanggan mengikut keperluan pelanggan. Tetapi yang saya utamakan adalah pakaian kerana ia adalah bidang saya.
Sampai di sini sahaja untuk kali ini. Insya’Allah saya akan menulis lagi dalam masa terdekat ni. Banyak lagi yang saya ingin kongsikan dengan pembaca semua.
Wasalam.
