Tip Perniagaan emzek on 24 Sep 2007
Bertindaklah!
Assalamualaikum wbt.
Maaf kerana sudah lama saya tidak menulis artikel di dalam blog saya ni. Ini kerana keadaan tidak mengizinkan untuk saya menulis.
Saya tidak akan menulis panjang pada kali ini. Dalam tulisan saya kali ini, saya hanya ingin berkongsi dengan anda tentang satu tip,
“Rancangan hanyalah sebuah niat yang baik
melainkan ianya dilaksanakan serta-merta secara gigih.”
Saya yakin ramai antara anda mempunyai rancangan perniagaan yang ingin dilaksanakan tetapi sampai ke saat ini ianya masih belum dilaksanakan. Mungkin ada beberapa sebab yang menyebabkan rancangan anda itu belum dilaksanakan.
Tetapi, apakah sebab yang menjadikan anda tidak melaksanakan perancangan anda? Anda mesti kaji semua sebab ini. Sekiranya sebab itu sebab yang boleh dielakkan, elakkan. Dan sekiranya sebab itu sesuatu yang sukar, sebenarnya ada cara untuk kite selesaikannya. Yang penting di sini, anda tahu apakah penyebab utama yang menghalang pelaksanaan perancangan anda.
“Manusia tidak pernah gagal dalam perancangan,
tetapi ramai yang gagal dalam melaksanakan perancangan.”
Jadi, BERTINDAKLAH sekarang. Orang yang berjaya dalam perniagaan adalah mereka yang bertindak melakukan sesuatu bukan hanya dengan perancangan sahaja. Kerana inilah kita sering gagal di dalam perniagaan.
Terima Kasih.
-emzek-
