Motivasi emzek on 25 Aug 2007 11:29 am

Adakah Anda Gagal?

Sering kali saya terdengar orang yang mengatakan dirinya GAGAL. Betul ke?

Pada saya, perkataan GAGAL seharusnya tiada dalam kamus seorang usahawan samada yang berniaga secara online mahupun offline. Sebenarnya seseorang itu TIDAK GAGAL tetapi BELUM BERJAYA. Kita tidak boleh menanamkan di dalam fikiran kita bahawa apa yang kita lakukan sebelum ini yang tidak mencapai apa yang kita inginkan itu gagal. Kadangkala apa yang kita suka itu membawa mudharat kepada kita dan yang kita benci itu membawa kebaikan kepada kita.

Tuhan pun menyebut tentang ni dalam Al-Quran dalam surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud, “..dan boleh jadi kamu benci sesuatu akan tetapi ia lebih baik bagi kamu dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu akan tetapi ia melarat bagimu. Allah mengetahui tetapi kamu tidak mengetahui.”

Daripada ayat di atas, kita seharusnya tidak merasa sedih sekiranya ape yang kita inginkan itu kita tak berjaya untuk dapatkannya. Ramai lagi usahawan yang kita lihat sekarang ni berjaya tetapi sebelum mereka berjaya mereka mungkin mengalami kesusahan yang lebih teruk dari kita alami. Tetapi yang menyebabkan mereka berjaya adalah kerana mereka tidak pernah menganggap diri meraka GAGAL.

Jadi, kepada mereka yang merasakan dirinya gagal, JANGAN. Anda sebenarnya bukan gagal tetapi belum berjaya. Mari kita meniti puncak kejayaan bersama.

-emzek-

4 Responses to “Adakah Anda Gagal?”

  1. on 25 Aug 2007 at 12:00 pm 1.naem said …

    saya nak tambahkan skit bro…dalam surah al-insyirah, tuhan dah cakap setiap kesusahan tu akan diiringi pula dgn kesenangan..

    jadi, usah terlalu bersedih atau putus asa dgn kegagalan bukan?

  2. on 25 Aug 2007 at 12:06 pm 2.emzek said …

    tq atas teguran naem.. sy sebenarnya sibuk sikit dalam 2 3 hari ni.. tak sempat nak cari bahan untuk artikel..

  3. on 28 Aug 2007 at 12:12 pm 3.profidz said …

    salam emzek,

    memang betul tu macam kata Albert Einstien, beliau bukan gagal cuma belum menjumpai formula yang betul :)

    btw anda telah ditag oleh saya

  4. on 25 Sep 2007 at 3:08 am 4.sinarinspirasi said …

    gagal yg sebenarnya adalah putus asa…

Trackback This Post | Subscribe to the comments through RSS Feed

Leave a Reply