Peluang Perniagaan emzek on 03 Sep 2007 01:13 am

Shantou - Kota Permainan

Assalamualaikum w.b.t…..

Seperti yang saya janjikan pada post lepas, hari ni saya akan menceritakan berkenaan dengan Shantou.

Shantou, salah satu bandar di dalam wilayah Guangdong. Bandar ini dikenali dengan kota permainan kerana di salah satu daerah di bandar Shantou yang dipanggil Chenghai, terletak kawasan terbesar kilang pembuatan mainan di dalam Tanah Besar China.

Di daerah Chenghai ni terdapat lebih 3,000 kilang pelbagai jenis permainan, dengan pendapatan purata 10 juta yuan (RM5 juta) setiap tahun. Industri ini menggunakan khidmat lebih daripada 100,000 pekerja. Sekurang-kurangnya 70% daripada produk permainan di eksport ke lebih 100 negara. Pada tahun lepas, angka rasmi mencatatkan industri ini menjana lebih 13 billion keluaran, di mana 37.6% dijana dari daerah Chenghai.

Sepanjang saya di sana selama 2 hari, saya hanya sempat melawat 2 kilang. Kilang pertama yang saya pergi, mereka membekalkan permainan ke beberapa negara besar seperti Amerika, Canada dan beberapa negara lagi. Kilang kedua pula, mereka ada membekalkan permainan kepada negara Asia termasuk Malaysia. Pada pemerhatian saya, kedua-dua kilang ni ada perbezaan harga. Sesetengah barangan yang di kilang pertama murah tetapi mahal di kilang kedua. Dan begitu sebaliknya.

Pada kilang pertama mereka menggunakan matawang USD sebagai harga. Tetapi pada kilang kedua pula, mereka menggunakan matawang RMB sebagai harga mereka. Pada pendapat saya, kilang pertama menggunakan USD disebabkan pelanggan mereka adalah kebanyakan dari Amerika.

Cara pemasaran mereka pula banyak menggunakan online. Mereka banyak menggunakan email untuk berhubung dengan para pelanggan mereka. Saya dapati mereka menggunakan sekurang-kurangnya 3 orang pekerja untuk membuat pemasaran melalui online.

Ini saja tulisan saya pada kali ini. Mata saya dah mengantuk. Insya’Allah lain kali saya akan ceritakan lagi peluang-peluang perniagaan yang ada di sini.

Sekian.

-emzek-

One Response to “Shantou - Kota Permainan”

  1. on 12 Oct 2008 at 12:48 am 1.azmas said …

    saya juga berminat utk menjual permainan kanak2..bolehkah supply kpd saya kerana sy baru nak belajar secara kecil2lan..sy ader email pada salah seorang pengurus di kilang china tapi minimum barang,saya kena order 100,000 ribu toys..mana sya ada modal sebanyak itu..

Trackback This Post | Subscribe to the comments through RSS Feed

Leave a Reply