Tip Perniagaan emzek on 07 Sep 2007 07:02 pm

Dilema Letak Harga!

Assalamualaikum.

Ini adalah salah satu dilema usahawan yang baru memulakan perniagaan (termasuk saya suatu masa dulu) iaitu untuk meletak harga sesuatu barang dan juga perkhidmatan.

Sebenarnya ini adalah salah satu perkara yang penting dalam perniagaan kerana ia akan melibatkan kos dan over-head anda. Untuk meletak harga, anda kena kaji berkaitan dengan semua kos anda seperti pengangkutan, sewa, gaji dan beberapa kos lagi.

Sekiranya anda meletakkan harga terlalu rendah, ia mungkin akan memakan perniagaan anda nanti. Dan sekiranya anda meletakkan pada harga tinggi, mungkin pelanggan anda akan lari kerana harga mahal. Pening kan?

Sebenarnya, anda tidak perlu pening kepala untuk meletak harga ni. Yang penting anda tahu produk / perkhidmatan apa yang anda jual.

Tip saya,

  1. Sekiranya anda menjual produk yang sama dengan orang lain jual, anda mestilah mengikut harga pasaran ketika itu. Kalau rase nak murah pun, janganlah terlalu murah. Ini akan menyebabkan anda dipinggirkan oleh peniaga lain kerana anda telah merosakkan harga pasaran produk tersebut.
  2. Sekiranya anda menjual produk tidak sama dengan orang lain ataupun produk yang anda hasilkan sendiri, anda bolehlah meletak harga sesuka hati anda. Tetapi yang penting anda kena survey dulu untuk pasaran produk anda tu.
  3. Sekiranya anda menjual perkhidmatan, anda mestilah mengikut harga pasaran. Tetapi, sekiranya perkhidmatan anda tu melebihi orang lain, tidak salah untuk anda meletak harga lebih daripada orang lain kerana sekarang ni orang lebih mementingkan kualiti dan perkhidmatan.

Jadi, kepada anda yang masih dilema untuk meletak harga produk anda tu, jangan pening-pening lagi. Anda yang menentukan hala tuju perniagaan anda.

Terima Kasih.

-emzek-

3 Responses to “Dilema Letak Harga!”

  1. on 07 Sep 2007 at 10:24 pm 1.Helmi Hakim said …

    Congrats. Tips yang menarik! :)

  2. on 15 Sep 2007 at 6:11 am 2.Cikgu Azleen said …

    Bagi kebanyakan pembeli ada satu persepsi yang mengatakan yang murah itu low quality dan yang mahal itu high quality.. Sebab tuh kadang2 juga kita dapati ada barangan yang dijual murah tak laku, tapi bila dijual mahal ianya laku gila.. Hmmm.. Kena cuba dan kaji untuk mendapatkan formula terbaik bagi produk kita..

  3. on 17 Jan 2008 at 6:01 pm 3.Mr.Sam Kaunselor said …

    Bila kita bersaing harga produk yang sama dgn orang lain, pastikan kita jangan sesekali TURUNKAN harga untuk menarik pembeli membeli dari kita kerana apabila kita sudah turunkan harga, amat sukar untuk kita naikkan harga kepada harga asal, apatah lagi untuk meletakkan harga lebih tinggi bila keperluan terdesak, tapi kita beri HADIAH . Beli barang dengan kita, kita beri hadiah (habis stok. habis hadiah, harga tetap tak rendah dari market price)) BELI SATU, PERCUMA SATU @ BELI SATU, PERCUMA anting2 made in Cina.

Trackback This Post | Subscribe to the comments through RSS Feed

Leave a Reply