Tip Perniagaan emzek on 21 Aug 2007 03:52 am

Kenapa Bangsa Cina Maju?

Maaflah sekiranya tajuk topik saya ni nampak nak meninggikan bangsa cina. Saya sebenarnya bukan bermaksud untuk menjatuhkan bangsa kita sendiri, tetapi saya ingin kongsi dengan pembaca semua kenapa bangsa cina boleh maju. Saya berasa amat sedih kerana di Malaysia sendiri, majoriti usahawan yang berjaya adalah dari bangsa cina. Cuba kita lihat 10 individu terkaya di Malaysia, berapa ramai bangsa cina dalam senarai tu?

Adakah disebabkan mereka bangsa cina maka mereka boleh maju? TIDAK. Bangsa Cina dan Bangsa Melayu adalah sama sahaja. Bahkan dengan bangsa lain pun sama sahaja. Tiada beza pun pada semua bangsa. Yang penting adalah sikap individu tu sendiri. Tanpa sikap yang positif, seseorang individu tu tidak akan maju.

Salah satu sebab kejayaan mereka adalah mentaliti mereka dan dorongan mereka untuk berjaya. Sebagai contoh sekiranya mereka percaya yang sesuatu perkara tu boleh membawa keuntungan kepada mereka, mereka akan set di dalam minda mereka yang mereka boleh berjaya dan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.

Daripada pemerhatian saya, satu lagi sikap bangsa cina ni ialah sikap mereka yang mahu belajar. Saya tidak mengatakan yang bangsa kita tidak suka atau tidak mahu belajar. Tetapi bangsa cina ni apabila mereka nampak sesuatu perkara yang berpotensi untuk dimajukan mereka akan belajar tentang perkara itu. Mereka akan buat perkara tu dan dalam masa yang sama mereka belajar tentang perkara tu.

Disiplin. Ini adalah salah satu sikap yang paling penting untuk berjaya. Disiplin kerja bangsa cina ni memang bagi saya adalah tip top. Mereka boleh bekerja 9-5 sehari 7 hari seminggu. Sehinggakan bank di sini pun buka 7 hari seminggu. Sikap sebegini yang patut dtanam dalam jiwa bangsa kita.

Sikap tolong menolong sesama bangsa mereka pun antara penyebab utama kemajuan mereka. Sikap ni kita boleh lihat sendiri di Malaysia. Mereka akan bantu sesama mereka yang berniaga. Mereka bersatu untuk memajukan bangsa mereka. Sebagai contoh, sekiranya kita pergi membeli di kedai A, tapi barang di kedai A ni habis atau tiada, mereka rela pergi ke kedai B untuk ambil barang yang kita nak. Dalam masa yang sama mereka membantu sesama mereka.

Maaf sekali lagi sekiranya tulisan saya kali ni nampak merendahkan bangsa kita. Bukan niat saya untuk merendahkan bangsa Melayu, tetapi untuk berkongsi dengan semua tentang sikap orang cina yang membolehkan mereka berjaya. Kita pun boleh untuk setanding dengan mereka, bahkan lebih lagi sekiranya kita mengamalkan ape yang mereka lakukan. Dan yang penting sekali memohon pertolongan dari Allah s.w.t. Insya’Allah.

-emzek-

One Response to “Kenapa Bangsa Cina Maju?”

  1. on 22 Aug 2007 at 8:27 am 1.mc sue said …

    semua betul…sebab tu ada istilah malas lawannya rajin..em sebenarnya pengalaman atau hari-hari yang dilalui kita senantiasa belajar sesuatu yang baru…cuma kita tidak sedar yang kita sedang belajar..sebab tu jugak ada istilah pengalaman mendewasakan kita..dari sesuatu benda yang kita tak tau..kita akan tau..peningkatan cara berkomunikasi dan kematangan diri..
    cuma apabila diminta untuk belajar..itu yang menjadi masalah..kerana kita merasakan ia sesuatu yang susah..bukan kerana apa..tapi mim alif lam sim dah merajai kita…adioss…

Trackback This Post | Subscribe to the comments through RSS Feed

Leave a Reply