Tip Perniagaan emzek on 15 Sep 2007 02:36 am

Kepentingan Kad Perniagaan

Assalamualaikum wbt.

Sudah lama saya tidak menulis berkenaan dengan perniagaan. Ini disebabkan keadaan saya yang terlalu sibuk dengan urusan perniagaan offline saya.

Ini adalah satu perkara yang selalu dipandang remeh oleh usahawan terutama yang baru menapak. Ramai juga usahawan yang saya temui mengatakan, “buat ape business card, bukannya bisnes besar pun.”

Dua kesilapan pada ayat di atas. Satu apabila mengatakan tiada Kad Perniagaan. Bagi saya kad perniagaan ni membawa impak besar kepada perniagaan kita. Ini berdasarkan kepada pengalaman saya sendiri dalam dunia perniagaan. Kemungkinan dengan hanya modal RM0.35 untuk sekeping kad perniagaan, tidak mustahil untuk membawa pulangan sebanyak RM35,000 di dalam perniagaan kita nanti.

Dan kesilapan kedua pula adalah apabila mengatakan bukannya bisnes besar pun.” Adakah anda akan sentiasa berada pada tahap bisnes kecil? Takkan tiada impian untuk membesarkan perniagaan anda kelak? Kata-kata sebenarnya adalah sebagai doa dan juga motivasi untuk kita mencapai impian kita insya’Allah.

Dato’ Dr Mohd Fadzhilah Kamsah pun menyarankan agar kita memberikan kad perniagaan apabila berjumpa dengan orang. Dengan memberi kad perniagaan, orang akan melihat kita lebih professional dalam perniagaan dan juga orang akan lebih ingat kepada kita. Kad perniagaan juga melambangkan tentang perniagaan kita.

Pengalaman saya semasa saya berniaga di uptown. Saya memberikan kad saya bukan hanya kepada pelanggan yang membeli di gerai saya bahkan kepada mereka yang tidak membeli. Dengan kad itu menjadikan orang lebih mengenali saya. Saya juga selalu menerima panggilan telefon bertanyakan pasal barangan yang saya jual dari orang yang saya tidak kenali. Apabila saya bertanya dari mana mendapat no telefon, mereka menyatakan daripada kad perniagaan yang saya beri semasa datang ke gerai saya. Dari sini saya boleh melihat betapa berkesannya pemasaran melalui kad perniagaan. ‘Ah Long’ pun menggunakan kad perniagaan selain brosur untuk mengiklankan perniagaan mereka.

Untuk perniagaan online pun anda masih boleh menggunakan kad perniagaan untuk promosi perniagaan online anda. Setiap kali berjumpa dengan orang di luar, anda boleh memberikan kad perniagaan anda kepada mereka. Dari situ mereka akan membuka website anda dan mungkin mereka salah seorang yang akan menjadi pelanggan anda nanti. Tidak mustahil kan?

Jadi kepada usahawan yang baru, atau peniaga pasar malam, jangan malu dan kedekut untuk melaburkan duit untuk membuat kad perniagaan anda. Saya yakin ia akan membawa pulangan kepada anda nanti. Insya’Allah.

Sekian tulisan saya pada kali ini. Selamat Berpuasa.

-emzek-

10 Responses to “Kepentingan Kad Perniagaan”

  1. on 15 Sep 2007 at 6:05 am 1.Cikgu Azleen said …

    Wahh.. Betul juga.. Posting anda ini memberikan idea kepada saya.. Terima kasih..

  2. on 15 Sep 2007 at 12:53 pm 2.megat said …

    saya setuju dengan anda! pengalaman saya dulu menggunakan kad untuk pengenalan atau contact, walaupun sebagai personal loan consultant/marketing. Apatah lagi untuk promosi bisnes atau sesebuah perniagaan!!??

  3. on 22 Sep 2007 at 6:28 am 3.abdfatah said …

    wah… kad kartu… this is my carrrd… bagi banyak2 pun takpe biarkan mereka ingat kita dengan kad kartu tersebut… bisness kad laaa namanya…

  4. on 22 Sep 2007 at 4:30 pm 4.rizman said …

    saya pun ada berniaga kecil kecilan buat kad nama ni .. boleh laa layari website nak tgk sedikit sebanyak hasil

  5. on 23 Sep 2007 at 8:52 pm 5.Helmi Hakim said …

    Memang tak dapat dinafikan biznes card nie ada keperluan untuk setiap usahawan…

    No business card = No business

    Period! :)

  6. on 24 Sep 2007 at 3:40 am 6.emzek said …

    Satu lagi, penuhkan bahagian belakang kad anda dengan semua maklumat perniagaan anda. Ini kerana orang tidak akan ingat apakah perniagaan yang anda jalankan.

  7. on 25 Sep 2007 at 3:03 am 7.sinarinspirasi said …

    bleh tunjuk contoh ke bagaimana nak buat bisneskad?

  8. on 18 Dec 2007 at 10:44 am 8.hafiza said …

    satu idea yang menarik dan tidak boleh dipandang remeh oleh kita

  9. on 13 Aug 2009 at 4:18 pm 9.Malaysia web design said …

    ini memang idea yang bernas

  10. on 11 Sep 2009 at 2:51 am 10.Mat Dz said …

    Yer.. bisnes kad memang penting dalam perniagaan.. Sesaper yang berminat nak tempah bisnes kad, boleh order ngan aku…

Trackback This Post | Subscribe to the comments through RSS Feed

Leave a Reply