Umum emzek on 25 Oct 2007 07:01 pm
Maaf Kepada Semua
Assalamualaikum wbt.
Pertama sekali saya ingin memohon jutaan kemaafan daripada semua pelawat blog saya kerana telah lama tidak menulis artikel baru di sini. Ini kerana saya sibuk menguruskan bisnes pada ramadhan lepas dan juga kerana tiada talian internet semasa saya balik beraya di kampung.
Saya juga ingin memohon maaf kepada pembaca yang telah email kepada saya kerana saya tidak membalas email anda semua. Insya’Allah saya akan membalas email anda semua dan menjawab segala pertanyaan anda berkaitan bisnes yang saya jalankan secepat mungkin.
Saya rasa belum terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pelawat blog saya ini. Jutaan kemaafan saya pohon sekiranya ada yang tersinggung dengan penulisan saya selama ini.
Kepada pelawat setia blog saya, insya’Allah saya akan kembali aktif apabila saya kembali ke China selewat-lewatnya hujung bulan ini. Selepas ini saya akan menulis artikel 2 kali seminggu.
Sekian.
-emzek-

on 08 Nov 2007 at 12:03 pm 1.Helmi Hakim said …
Selamat Hari Raya Untuk Anda juga….
Smoga Biznes Anda Maju Jaya…Insyallah
on 03 Jan 2008 at 10:30 am 2.zool said …
Eh Raya lagi ker?? Huhuhuhuhuhu..
Bila tuan blog nak balik dari China nie?? Lama dah